Richard von Coudenhove-Kalergi
Richard von Coudenhove-Kalergi

Richard von Coudenhove-Kalergi

Richard Nikolaus Eijiro, Count dari Coudenhove-Kalergi[1] (16 November 1894 – 27 Julai 1972) merupakan seorang ahli politik dan ahli falsafah Austria dan bangsawan berpangkat Count dari kewarisan Coudenhove-Kalergi. Merupakan seorang perintis integrasi Eropah, dia juga menjadi presiden sulung Kesatuan Seeropah selama 49 tahun. Ibu bapa beliau adalah Heinrich von Coudenhove-Kalergi, seorang diplomat Austria-Hungary, dan Mitsuko Aoyama, anak perempuan kepada seorang pendagang minyak, penjual antique dan pemilik tanah besar di Tokyo.[2] Nama zaman kecil beliau ialah Aoyama Eijiro. Seorang warga asli Austria-Hungary, dia menjadi warga Czechoslovakia pada 1919 dan seterusnya memperolehi kewarganegaraan Perancis dari 1939 hingga kematiannya.Karya pertama beliau, Pan-Europa, diterbitkan pada tahun 1923 dan mengandungi borang keahlian untuk gerakan Se-Eropah, yang mengadakan majlis pertamanya pada 1926 di Vienna. Pada 1927, Aristide Briand dipilih sebagai presiden kehormatan gerakan Se-Eropah. Tokoh awam yang menghadir di majlis Se-Eropah termasuk Albert Einstein, Thomas Mann dan Sigmund Freud.[3]Coudenhove-Kalergi merupakan penerima pertama Anugerah Charlemagne pada 1950. Tahun akademik 1972–1973 di Kolej Eropah dinamakan dalam menghormati beliau. Beliau mencadangkan "Ode to Joy" Beethoven sebagai Lagu Kebangsaan Eropah. Dia juga mencadangkan Hari Eropah, stem persuratan Eropah,[4] dan banyak lagi artifak untuk gerakan tersebut (spt. lencana dan panji).[5]

Rujukan

WikiPedia: Richard von Coudenhove-Kalergi http://www.epaneurope.eu/ https://www.cvce.eu/content/publication/2006/4/24/... http://www.law.tohoku.ac.jp/~tozawa/RCK%20HP/mitsu... https://web.archive.org/web/20121024075148/http://... https://web.archive.org/web/20140307192610/http://... https://www.taylorfrancis.com/chapters/mono/10.432... http://sucra.saitama-u.ac.jp/modules/xoonips/downl... http://www.law.tohoku.ac.jp/~tozawa/RCK%20HP/mitsu... http://wais.stanford.edu/ztopics/week110104/democr... https://web.archive.org/web/20140826122803/http://...